Saturday, 15 July 2017

Klinik UPSR


Pagi ini 15/07/2017, selain rutin biasa ku hujung minggu ke UKM untuk menghadiri kelas, aku ke UKM dengan anak sulung Muhammad Ikhwan  untuk menghadiri Klinik UPSR.




Ayah doa yang terbaik semoga ikhwan akan dapat keputusan yang terbaik semasa UPSR nanti..in shaa Allah


Aku dan Silat..

Ni aku nak share pasal salah satu minat ku ini iaitu dalam dunia persilatan. Mula mendekatkan diri di dalam arena persilatan ketika menghantar kedua-dua anak ku untuk belajar silat pada sekitar awal tahun 2015. Ketika itu, anak sulung ku darjah 4 dan adik dia darjah 2. Niat aku nak hantar anak sulungku untuk dia belajar ilmu pertahanan diri sebelum menjejak alam sekolah menengah kelak. Yer la..sekarang banyak kes buli berlaku di sekolah2. Atleast..dengan sedikit ilmu pertahanan diri yang ada pada dia..akan mampu sebagai pertahan diri kepadanya. Tapi dia nak ajak adik dia sekali. So..on je la sebagai teman kepada dia.

Ketika menemani anakku untuk pendaftaran, seorang cikgu silat bertanya kepadaku “Ayah dia taknak join sekali ke?” Aku hanya ketawa kecil sebab umur pun dah berapa..segan la nak belajar silat. Tapi cikgu silat tu cuba untuk meyakinkan ku dengan berkata “Ada bulan lepas seorang bapa baru join selepas hantar anak dia belajar silat. So..aku kata..in shaa Allah. Cikgu tu berkata..kalau nak dtg tengok dulu..datang la rabu malam. So..pada rabu malam tu..aku datang bersama kedua-dua anakku tengok diorang latihan. Majoriti adalah seusia denganku. So..kalau aku belajar..xde la segan sangat. So balik tu..aku timbang tara untuk terima pelawaan cigu silat tersebut. Selepas timbang tara dibuat..antaranya..usiaku..faktor masa dan keinginan untuk belajar balik silat sebab sebelum ini, masa lepas sekolah..aku ada join satu pertubuhan silat di Miri dulu, so aku decide untuk join bersama-sama anakku belajar silat.    

Maka, secara rasminya, pada awal Februari 2015, aku mendaftarkan diri sebagai pelajar dan murid ahli PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MALAYSIA.



Bermula dari kosong, aku belajar asas gerakan, asas elakan, asas lompatan dalam seni silat gayong dan golongan 10, setakuk demi setakuk aku naik grading sehingga ke tahap aku sekarang ini. Lama kelamaan, aku dapat rasakan aku dah mula sejiwa dengan silat gayong ini dan setiap rabu malam, aku akan turun latihan sekiranya aku kelapangan dan tidak terlibat dengan tugasan luar.


Pada kawan2 yang hendak belajar silat, anda boleh buka link ini http://www.gayong-plku.com.my. Latihan bagi dewasa adalah pada rabu malam dari jam 9pm – 11 pm manakala bagi kanak2 pula pada jumaat malam 8.30pm – 10pm bertempat di KELAB SILAT GAYONG, PUSAT LATIHAN KAJANG UTAMA (PLKU) di Taman Kajang Utama, Kajang.



GENGGAM,ANGKAT,YAKIN,WARAS,NGERI

Mendengar muzik


Salah satu minat aku adalah mendengar muzik. Tak kira..muzik apapun..slow rock, pop, rock, hip hop sehingga la yang ada sekarang rappers aku layan selagi halwa telinga ku ini boleh terima dan sedap didengar. Tapi dari banyak genre muzik, aku lebih minat layan lagu-lagu slow rock. Ini kerana aku membesar di zaman 90an..ketika itu, lagu2 genre slow rock ini menguasai muzik ketika itu. Sebagai contoh..sekadar menyebut beberapa kumpulan contohnya..Spoon, Damasutra, Screen, Scoin, Qiara, Handy Black..lagu2 mereka ini menguasai muzik ketika itu dengan lagu2 slow rock mereka.

Disebabkan itu, aku upload lagu dari Sufi ni sebab melodi dan irama muzik lagu tu dah seperti mengulang semula lagu2 zaman 90an. Bukan lagu dari Sufi je..lagu Sedalam-dalam Rindu dari Tajol adik kepada arwah Acik Spin juga seperti lagu 90an dulu2. Semoga komposer dan pengubah lagu akan banyak mencipta lagu berentak slow rock  sebegini bagi mengembalikan semula nostalgia bagi peminat-peminat lagu zaman rock kapak..yeaahhh

Makanan kesukaanku..




Di dalam labels interest ni, aku nak kongsikan tentang makanan kegemaranku. Sebagai orang sarawak, aku amat suka makan mee kolok sarawak. Dulu masa di Miri, kalau sarapan pagi favourite aku adalah mee kolok. Tapi sejak tahun 2003 aku mula posting di semenanjung malaysia, memang xde restorang yang ada jual mee kolok ni. Lama gak la berpuasa dari makan mee kolok..hehehe

Tapi sekarang ni takde lagi masalah sebab sekarang dah banyak restoran yang pemilik restoran dari Sarawak telah buka cawangan di Kuala Lumpur. Salah satu restorang femes bagi orang sarawak yang teringin nak makan makanan sarawak adalah Restoran Dapur Sarawak. Selain Restoran Dapur Sarawak, ada lagi sebuah kedai di Sg Besi juga ada jual makanan sarawak. Tempat ni memang jadi tumpuan bagi orang sarawak yang nak makan mee kolok, laksa sarawak dan lain-lain.

"Course" Aplikasi Komputer

Kali ini..aku nak cerita sikit psl course Aplikasi Computer yang aku ambil masa semester pertama ni.

Rakan-rakan senior yang sama ambil BBA ni kata..course ni antara course yang boleh score A..janji buat assignment. Pada aku, bukannya simply nak score A untuk course ni. Memang betul kata rakan senior tersebut..janji buat assignment tapi perlu diingat, assignment untuk course ni bukan calang-calang assignment. Ada 6 assignment semuanya untuk course ni..semuanya memang 'tough'. 

Pelajar yang ambil course ni kena buat assignment di dalam Ms Word, Ms Excel, Ms Powerpoint, Ms Access dan juga kena buat website menggunakan HTML. Walaupun beranggapan yang bekerja banyak menggunakan komputer tidak akan menghadapi masalah tapi tak semestinya seseorang tu akan expert. 

Sebagai contoh..aku sendiri. Ketika di dalam kelas, terkial-kial juga nak follow ketika belajar untuk Ms Excel. Sampai satu pengalaman lucu bersama rakan sekelas ku, bila mulanya boleh follow apa yang lecturer tunjuk di depan tapi bila kawan di sebelah bertanya tentang sesuatu yang dia lost..hujung2 aku sendiri lost bila tertinggal...hahaha.

Secara keseluruhan, course aplikasi komputer ini menggilapkan lagi skil komputer yang ada. Seseorang tu mungkin ada basic dalam Ms Word, Ms Excel, Ms Powerpoint tapi apa yang belajar di dalam course ini mampu menambahkan lagi kemahiran komputer seseorang itu dan mampu diimplementasikan di dalam kerja.




Arsenal Die Hard Fan



Aku merupakan penyokong tegar atau orang panggil die hard fans kepada Arsenal Football Club. Banyak kelab2 bolasepak di dunia, aku minat dengan kelab Arsenal sejak dari tahun 1998 lagi sehingga sekarang. Ketika itu, arsenal dibarisi oleh pemain2 hebat seperti Terry Henry, Dennis Bergkamp, Marc Overmas, Rober Pires sehingga la sekarang, Arsenal masih dibarisi player2 star seperti Alexis Sanchez, Mesut Ozil dan ramai lagi (sekadar menyebut beberapa nama)

Setiap match atau game yang melibatkan arsenal, aku takkan terlepas untuk menonton di kaca tv. Minat aku kepada Arsenal menjadikan aku hobi untuk menonton setiap perlawanan yang melibatkan pasukan arsenal. Walaupun game pada 2@3 pagi..contohnya game Champions League, aku akn bangun dan bersengkang mata menyaksikan perlawanan sampai habis. Itu la dia diriku..excited aku dengan team Arsenal ku ini..




Banyak kejuaran Arsenal pernah menang..EPL, Piala PA, Carling Cup, Community Sheild Cup tapi Arsenal masih kempunan untuk merasai kejuaran Piala yang menjadi idaman kelab bolasepak eropah iaitu Champions League. Mudahan masa itu akan datang dan aku akan tetap setia dengan pasukan Arsenal kerana aku ARSENAL DIE HARD FANS.

Friday, 14 July 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN


Masih belum terlewat bagi diriku untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog ku, pensyarah ku, rakan-rakan seperjuangan termasuk la sahabat handai dan yang mengenali diri ini. Jika ada salah bicara dan tutur kata..ampun maaf dipinta. Semoga ikatan ukhwah di antara kita akan kekal erat terjalin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438 H..Maaf Zahir dan Batin..dari saya dan keluarga..

Klinik UPSR

Pagi ini 15/07/2017, selain rutin biasa ku hujung minggu ke UKM untuk menghadiri kelas, aku ke UKM dengan anak sulung Muhammad Ikhwan  untu...