Ni aku nak share pasal salah satu minat ku ini iaitu dalam
dunia persilatan. Mula mendekatkan diri di dalam arena persilatan ketika
menghantar kedua-dua anak ku untuk belajar silat pada sekitar awal tahun 2015. Ketika
itu, anak sulung ku darjah 4 dan adik dia darjah 2. Niat aku nak hantar anak
sulungku untuk dia belajar ilmu pertahanan diri sebelum menjejak alam sekolah
menengah kelak. Yer la..sekarang banyak kes buli berlaku di sekolah2.
Atleast..dengan sedikit ilmu pertahanan diri yang ada pada dia..akan mampu
sebagai pertahan diri kepadanya. Tapi dia nak ajak adik dia sekali. So..on je
la sebagai teman kepada dia.
Ketika menemani anakku untuk pendaftaran, seorang cikgu
silat bertanya kepadaku “Ayah dia taknak join sekali ke?” Aku hanya ketawa
kecil sebab umur pun dah berapa..segan la nak belajar silat. Tapi cikgu silat
tu cuba untuk meyakinkan ku dengan berkata “Ada bulan lepas seorang bapa baru
join selepas hantar anak dia belajar silat. So..aku kata..in shaa Allah. Cikgu
tu berkata..kalau nak dtg tengok dulu..datang la rabu malam. So..pada rabu
malam tu..aku datang bersama kedua-dua anakku tengok diorang latihan. Majoriti
adalah seusia denganku. So..kalau aku belajar..xde la segan sangat. So balik
tu..aku timbang tara untuk terima pelawaan cigu silat tersebut. Selepas timbang
tara dibuat..antaranya..usiaku..faktor masa dan keinginan untuk belajar balik
silat sebab sebelum ini, masa lepas sekolah..aku ada join satu pertubuhan silat
di Miri dulu, so aku decide untuk join bersama-sama anakku belajar silat.
Maka, secara rasminya, pada awal Februari 2015, aku mendaftarkan
diri sebagai pelajar dan murid ahli PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MALAYSIA.
Bermula dari kosong, aku belajar asas gerakan, asas elakan,
asas lompatan dalam seni silat gayong dan golongan 10, setakuk demi setakuk aku
naik grading sehingga ke tahap aku sekarang ini. Lama kelamaan, aku dapat
rasakan aku dah mula sejiwa dengan silat gayong ini dan setiap rabu malam, aku
akan turun latihan sekiranya aku kelapangan dan tidak terlibat dengan tugasan
luar.
Pada kawan2 yang hendak belajar silat, anda boleh buka link
ini http://www.gayong-plku.com.my.
Latihan bagi dewasa adalah pada rabu malam dari jam 9pm – 11 pm manakala bagi
kanak2 pula pada jumaat malam 8.30pm – 10pm bertempat di KELAB SILAT GAYONG,
PUSAT LATIHAN KAJANG UTAMA (PLKU) di Taman Kajang Utama, Kajang.
No comments:
Post a Comment