Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi, pada 07.02.2017 saya telah terima surat Tawaran Kemasukan Sesi Akademik 2016/2017 dari UKM untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian. Permohonan dikemukakan ke pejabat Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) sebelum tarikh akhir permohonan..kalau tak silap pada penghujung tahun 2016 dan akhirnya pada awal Februari 2017 dapat mesej dari pihak PKP untuk semak status permohonan. Dan bila buat semakan menerusi https://smp.ukm.my/smpe/kemasukan/semak.cfm (masih simpan lagi sms ni..hehehe), Alhamdulillah..saya berjaya ditawarkan ke dalam program ini.
Banyak gak yang perlu dibuat selepas menerima tawaran tu, mencetak surat tawaran, muat turun semua dokumen berkaitan dan last sekali..kena buat pemeriksaan kesihatan.
Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar dan akhirnya pada 19 Mac 2017, semua pelajar yang ditawarkan menyambung pelajaran ke semua program di UKM dikehendaki untuk mendaftarkan diri pada Majlis Pendaftaran Mahasiswa Baharu di Dewan Pusat Siswazah, Bangunan Tun Fatimah Hashim UKM. Rata2nya semuanya segak bergaya dengan lelaki dikehendaki memakai baju kemeja putih pada majlis tu (tiba2 senyum bila ingat balik moment tu)
Selepas ucaptama dari Timbalan Naib Cancelor UKM, selepas tu sedikit penerangan kepada mahasiswa mahasiswi UKM dari pegawai Perpustakaan Tun Sri Lanang tentang prosedur dan tatacara meminjam buku di perpustakaan tersebut. Selepas selesai penerangan, seterusnya pelajar dikehendaki hadir sesi taklimat program yang telah ditawarkan. Pada sesi taklimat ini, ehh..macam kenal la seorang brader ni..dia further study gak. Ada la geng 1 jabatan. Nampak kusyuk di barisan hadapan dengan pakai neck-tie merah lagi tu...hehehe
Jadi tu la..serba sedikit jalan cerita yang kini aku bergelar seorang mahasiswa UKM. Kini masa hujung minggu ku tidak lagi seperti sebelum ini. Kini..masa sabtu dan ahad ku abdikan diri di kampus UKM untuk menelaah ilmu..sebab ini jalan yang ku pilih untuk memperbaiki taraf pendidikan ku selain untuk karier kerjayaku juga. Doa dari pembaca yang membaca kisah ku ini..semoga aku berjaya untuk menamatkan pengajian ku seterusnya bergelar graduan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Sesuai dengan motto UKM..MENGILHAM HARAPAN..MENCIPTA MASA DEPAN..ku datang dengan harapan untuk menggapai kejayaan masa hadapan. Wassalam.
No comments:
Post a Comment