Pada petang Jumaat 28.04.2017 bersamaan 1 Syaaban 1438H jam lebih 5ptg, dapat call dari ayahku. 1st time dgr suara ayahku dalam keadaan cemas..x pernah dgr suara ayahku sebegitu. Ayahku bertanya aku di mana dan minta aku dtg dengan cepat sebab tante (panggilan ke atas ibu tiriku) pengsan. Msa tu, aku baru lepas dari tol gombak kerana ada tugasan rasmi di Karak. Selepas selesai tugasan rasmi ku, aku bergegas ke rumah ayahku dan dalam perjalanan aku call balik ayahku..ayahku dalam nada nangis teresak memberitahu "tante telah pergi yat" Masha Allah..terpinga aku dengar berita mengejutkan itu. Masa pagi tu, aku juga telah terima khabar dari rakan sepejabat, seorang pegawai di jabatan ku yang telah bersara telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buat Allahyarham Tuan Wahab Hassan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu..aamiin
Berbalik dengan berita terima dari ayahku, sesampai di rmh ayahku..ku terus peluk ayahku yg kesedihan. Ramai jiran tetangga dan juga saudara yang dtg menziarah dan ada yg tengah membaca surah yaasiin ke atas arwah. Selesai semua urusan dengan pergi buat laporan kematian di balai polis dan urusan utk pengkebumian jenazah dgn pihak masjid, jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Batu Muda, KL. Tahlil arwah diadakan selama 3 malam dengan ramai sanak saudara termasuk keluarga arwah juga datang menziarahi.
Gbr kenangan arwah mendukung anak bongsu ku bersama dengan anak2 ku dan ayahku |
Kini ayah ku sendirian lagi. Tempoh 12 tahun berkongsi hidup dengan arwah yang hadir menemani kekosongan yang ditinggalkan arwah ibuku sebelum ini yang telah meninggal di Miri, dapat dimengerti erti kehilangan orang yang tersayang. Walau bagaimanapun, Allah lebih menyayangi arwah dengan penyakit yang dideritai oleh arwah.
Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu'anha. Ya Allah Ya Rabbi..ampunkanlah segala dosa beliau, terimalah segala amal ibadah beliau disisiMu. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin Ya Rabbal Alamin. Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment