Tuesday, 23 May 2017

Beza Amin, Aamin, Amiin dan Aamiin

Sekadar Perkongsian..

Kat group whatsapp, sya ada kongsi ttg artikel yg sya dpt dari fb. 


Saje je kongsi sbb ada kwn2 yg msh bujang lagi. Lps kongsi ni..byk gak la yg respon n jwb..amin..amiin & aamin. Jadi di sini..sbg perkongsian bersama teman2..sya kongsi sedikit ilmu yg bermanfaat..yg mungkin di antara kita yg tak tahu di sebalik perkataan "amin" yg selalu kita guna mengandungi maksud yang berbeza..



Dalam Bahasa Arab, terdapat 4 perbezaan makna untuk setiap perkataan "AMIN"

1 - "AMIN" (alif dan mim sama-sama pendek) ertinya AMAN / TENTERAM

2 - "AAMIN" (alif panjang dan mim pendek) ertinya MEMINTA PERLINDUNGAN / KEAMANAN

3 - "AMIIN"  (alif pendek dan mim panjang) ertinya JUJUR TERPERCAYA

4 - "AAMIIN" (alif dan mim sama-sama panjang) ertinya KABULKANLAH DOA KAMI

Bagaimana pula dengan "AMIEN"?
Seboleh mungkin hindari atau jangan pernah menulis dengan perkataan "amien" kerana perkataan tersebut diucapkan oleh penyembah berhala (Paganisme)

Berkongsi ilmu itu amal. Semoga kita mendapat manfaat dari ilmu yang dikongsi ini. Aamiin..Ya Rabbal Alamin

sumber diperolehi dari internet


Monday, 22 May 2017

Kembali Ke Rahmatullah

Innalillahi wa inna ilaihi ro'jiun "Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali"



Pada petang Jumaat 28.04.2017 bersamaan 1 Syaaban 1438H jam lebih 5ptg, dapat call dari ayahku. 1st time dgr suara ayahku dalam keadaan cemas..x pernah dgr suara ayahku sebegitu. Ayahku bertanya aku di mana dan minta aku dtg dengan cepat sebab tante (panggilan ke atas ibu tiriku) pengsan. Msa tu, aku baru lepas dari tol gombak kerana ada tugasan rasmi di Karak. Selepas selesai tugasan rasmi ku, aku bergegas ke rumah ayahku dan dalam perjalanan aku call balik ayahku..ayahku dalam nada nangis teresak memberitahu "tante telah pergi yat" Masha Allah..terpinga aku dengar berita mengejutkan itu. Masa pagi tu, aku juga telah terima khabar dari rakan sepejabat, seorang pegawai di jabatan ku yang telah bersara telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buat Allahyarham Tuan Wahab Hassan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu..aamiin

Berbalik dengan berita terima dari ayahku, sesampai di rmh ayahku..ku terus peluk ayahku yg kesedihan. Ramai jiran tetangga dan juga saudara yang dtg menziarah dan ada yg tengah membaca surah yaasiin ke atas arwah. Selesai semua urusan dengan pergi buat laporan kematian di balai polis dan urusan utk pengkebumian jenazah dgn pihak masjid, jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Batu Muda, KL. Tahlil arwah diadakan selama 3 malam dengan ramai sanak saudara termasuk keluarga arwah juga datang menziarahi.

Gbr kenangan arwah mendukung anak bongsu ku bersama dengan anak2 ku dan ayahku
Arwah cukup rapat dengan anak2 ku. Walaupun arwah cuma ibu tiriku tapi kasih sayang kepada cucu2nya amat mendalam sekali. Kalau tiba musim cuti persekolahan, arwah akan minta aku hantar anak2 ku ke rumah untuk bermanja dengan cucu. Setiap 2 minggu sekali..aku bersama keluargaku akan ke Kg Padang Balang, Sentul tempat ayahku menetap untuk menziarahi dan membawa anak jumpa atok nenek mereka. Arwah sangat rapat dengan anak2ku sehingga apa kemahuan anakku spt nak makan kfc..beli aiskrim..coki2 dan sebagainya akan dituruti oleh arwah. Sehinggalah pada waktu mengerjakan sembahyang jenazah..air mataku mengalir deras mengenang kebaikan arwah terhadap anak2 ku.

Kini ayah ku sendirian lagi. Tempoh 12 tahun berkongsi hidup dengan arwah yang hadir menemani kekosongan yang ditinggalkan arwah ibuku sebelum ini yang telah meninggal di Miri, dapat dimengerti erti kehilangan orang yang tersayang. Walau bagaimanapun, Allah lebih menyayangi arwah dengan penyakit yang dideritai oleh arwah.

Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu'anha. Ya Allah Ya Rabbi..ampunkanlah segala dosa beliau, terimalah segala amal ibadah beliau disisiMu. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin Ya Rabbal Alamin. Al-Fatihah..









Sunday, 21 May 2017

Kursus Yang Di Ambil Semester Pertama BBA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua..

Bertemu lagi pada entry terbaru saya. Kali ni, saya nak cerita ttg course yang saya ambil untuk 1st sem BBA saya di UKM. Pada yg tertanya apa tu BBA..BBA adalah shortform utk program yang saya ambil ni. Dalam BI..Bachelor Business Administration.

Ni saya kongsi gambar course atau subjek yang saya ambil utk 1st sem ni..


Tu dia. Buku2 subjek utk 1st sem. Tebal2 semua..mcmne..boleh baca tak semua..hahaha.
Tapi berpegang pada peribahasa..alah bisa..tegal biasa. Sesuatu perkara yang sukar..lama2 akan biasa akhirnya. In Shaa Allah..yang penting..di mana ada kemahuan..di situ ada jalan..tul tak.

Ok..saya nak bgtau serba sedikit course yg saya ambil. Untuk 1st sem BBA ni..majoriti semua pelajar ambil 4 course. Ada gak la dlm 3-4 orang gitu yang ambil 2 subjek je..dpt pengecualian kredit la tu...hahaha. 

4 course yang saya ambil spt nampak kt dlm gbr tu ialah Matematik Untuk Ekonomi dan Perniagaan, Pengantar Pemasaran, Makroekonomi dan Aplikasi Komputer.  Setiap course tu 3 jam kredit. Selama 7 minggu menghadiri kelas sabtu dan ahad, subjek Matematik Untuk Ekonomi dan Perniagaan yang paling tough pada saya. Ini kerana, masa SPM, saya aliran sastera dan msa ambil Diploma dulu pun..saya ambil course Pentadbiran Awam. Memang sesuatu yang sukar untuk menguasai sesuatu yang baru. Tapi spt saya kata kt atas td..alah bisa..tegal biasa..in shaa Allah

Klu korang tgk kt dlm gbr tu kt atas tu..nape saya letak buku subjek Computer tu kt ats?? Sbb subjek tu yang saya harap untuk score selain 'main course' utk posting blog ni..hahaha.

Ok la..saya beransur dulu. In Shaa Allah..lps ni..saya akn post berkaitan 'labels' minat dan bebas pulak. Adios amigos...










Friday, 19 May 2017

Bergelar Mahasiswa UKM

[Throwback]


Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi, pada 07.02.2017 saya telah terima surat Tawaran Kemasukan Sesi Akademik 2016/2017 dari UKM untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian. Permohonan dikemukakan ke pejabat Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) sebelum tarikh akhir permohonan..kalau tak silap pada penghujung tahun 2016 dan akhirnya pada awal Februari 2017 dapat mesej dari pihak PKP untuk semak status permohonan. Dan bila buat semakan menerusi https://smp.ukm.my/smpe/kemasukan/semak.cfm (masih simpan lagi sms ni..hehehe), Alhamdulillah..saya berjaya ditawarkan ke dalam program ini.

Banyak gak yang perlu dibuat selepas menerima tawaran tu, mencetak surat tawaran, muat turun semua dokumen berkaitan dan last sekali..kena buat pemeriksaan kesihatan.

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar dan akhirnya pada 19 Mac 2017, semua pelajar yang ditawarkan menyambung pelajaran ke semua program di UKM dikehendaki untuk mendaftarkan diri pada Majlis Pendaftaran Mahasiswa Baharu di Dewan Pusat Siswazah, Bangunan Tun Fatimah Hashim UKM. Rata2nya semuanya segak bergaya dengan lelaki dikehendaki memakai baju kemeja putih pada majlis tu (tiba2 senyum bila ingat balik moment tu)

Selepas ucaptama dari Timbalan Naib Cancelor UKM, selepas tu sedikit penerangan kepada mahasiswa mahasiswi UKM dari pegawai Perpustakaan Tun Sri Lanang tentang prosedur dan tatacara meminjam buku di perpustakaan tersebut. Selepas selesai penerangan, seterusnya pelajar dikehendaki hadir sesi taklimat program yang telah ditawarkan. Pada sesi taklimat ini, ehh..macam kenal la seorang brader ni..dia further study gak. Ada la geng 1 jabatan. Nampak kusyuk di barisan hadapan dengan pakai neck-tie merah lagi tu...hehehe

Jadi tu la..serba sedikit jalan cerita yang kini aku bergelar seorang mahasiswa UKM. Kini masa hujung minggu ku tidak lagi seperti sebelum ini. Kini..masa sabtu dan ahad ku abdikan diri di kampus UKM untuk menelaah ilmu..sebab ini jalan yang ku pilih untuk memperbaiki taraf pendidikan ku selain untuk karier kerjayaku juga. Doa dari pembaca yang membaca kisah ku ini..semoga aku berjaya untuk menamatkan pengajian ku seterusnya bergelar graduan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Sesuai dengan motto UKM..MENGILHAM HARAPAN..MENCIPTA MASA DEPAN..ku datang dengan harapan untuk menggapai kejayaan masa hadapan. Wassalam.

Klinik UPSR

Pagi ini 15/07/2017, selain rutin biasa ku hujung minggu ke UKM untuk menghadiri kelas, aku ke UKM dengan anak sulung Muhammad Ikhwan  untu...